Friday 4 November 2016

Perjalanan Tanpa Kesudahan

Bismillah...

Assalamualaikum wm wb.

Hari nie lambat sikit update sebab dalam perjalanan ke Cyberjaya pulak.

Ha.. ada yang dah mula tertanya-tanya.. buat apa pulak orang tua nie??

Ya, umur ibu dah nak masuk 6 series. Tapi ibu belum puas menuntut ilmu. Tapi hari nie ibu tak kesorangan. Ada Kawan teman berbual dalam perjalanan. Sabariah towkey acar buah.

Macam biasa lah.. awal lagi ibu dah bergerak dengan Lori buruk ibu nie. Berhenti di Bt. Caves & sambung perjalanan dgn train pulak ke TBS. Dari situ, ada sorang lagi Kawan tumpangkan kereta dia ke Cyberjaya. Rozita Shahar. Towkey kicap Char Kuey Tiaw.

Alhamdulillah... Kurang lah sikit keletihan hari nie berbanding semalam.

Akhirnya sampai juga ke tempat yang di tuju. Melangkah Saja ke dalam dewan, semua memilih memandang ke arah group ibu. Kenapa ye? Hairan tengok ada orang tua datang belajar?

Jangan macam tu... Walaupun umur dah lebih.. kemboja (uban) dah penuh kepala.. tak bermakna kami golongan yang tak perlu ambil kisah bab IT. Kami pun tak nak ketinggalan. Tak salah kalau kami pun nak timba ilmu Alam cyber kan?

Pepatah orang dulu2 - tuntut lah ilmu hingga kenegeri cina. Jadi apa salahnya kan... Maaf lah kalau ada yang rasa tak "cool" duduk belajar dengan orang tua. Sebab ibu tak pernah lokek kalau nak share ilmu. Ilmu hak semua. Dan dengan cara ini, ibu lebih banyak peluang untuk duduk bersembang dengan anak2. Sebab pengetahuan ibu tentang IT boleh di katakan "@ par" dengan generasi muda.

So... Yes ibu dah tua. Zaman dulu, ibu guna floppy disk. Sekarang ibu guna thumb drive. Dulu2 ibu guna 3210. Sekarang ibu guna smartphone.

Jadi.. jgn pandang sangat kemboja kat kepala ibu. Tapi cuba cari apa yang ada dalam kepala otak ibu.

So... See u guys again in other classes.

2 comments:

  1. Good share...Kisah kehidupan...Teruskan perkongsian agar manfaat berpanjangan....Terbaik Blogger berpengalaman!

    ReplyDelete
  2. Good share...Kisah kehidupan...Teruskan perkongsian agar manfaat berpanjangan....Terbaik Blogger berpengalaman!

    ReplyDelete