Monday 21 November 2016

Duit lwn Keikhlasan (Money vs Sincerity)

Bismillah..

Assalamualaikum wm wb.

Kita nak bercakap tentang apa hari nie yer? Nampak nya sebagai pengusaha produk makanan, semestinya Kita akan bercakap tentang makanan.

Nama syarikat..Raflysha Multi trade dan jenama produk.. MyRoxxa. Tapi cukup ke sekadar ada syarikat dan satu jenis produk?

Selama ini kami mengeluarkan beberapa jenis produk makanan termasuk produk sedia di makan seperti snek & sebagai nya. Dan kami cuba sedaya mungkin untuk mengeluarkan produk yang lain dari orang lain.

Setelah beberapa bulan di pasaran, kami agak terkezut melihat ada produk yang sama dengan produk kami. Cuma beza dari segi jenama. Tak apa lah rezeki mesti di kongsi.. biar Kita ikhlas dalam berniaga.. jangan tamak. Jadi, kami hentikan pengeluaran sesetengah produk itu, bagi memberi ruang kepada sahabat Peniaga.

Tapi sedih juga bila setiap produk kami yang mendapat sambutan.. pasti akan ada yang mengeluarkan produk yang sama dan pasarkan di tempat yang sama. Sedih.. teramat sedih. Kami ikhlas dalam berniaga tapi nampak gaya duit kenyataan segala nya.

Kalau macam tu buat apa kami nak tolong pasarkan produk orang lain? Baik kami tiru jer. Sambal tempoyak daun keluaran Sufi's Food cukup laris.. Acar Buah Sabariah pun boleh tahan juga... Baik tiru jer. Selama ini kami pasarkan produk mereka secara ikhlas. Tapi apa yang kami dapat?

Baik kami sendiri cari duit dengan cara meniru produk2 yang kami pasarkan. Peduli apa dengan orang lain. Janji kami yang dapat cari makan. Apa kisah kalau tertutup periuk nasi orang lain. Allahuakhbar..

Apa pendapat korang semua? Patut ke perkara ni terjadi? Patut ke segala keikhlasan di litupi dengan Wang ringgit? Yang mana lebih baik.. meniru produk orang lain atau cari produk baru? Cari rezeki sendiri atau tutup rezeki orang? Wallahuallam..

Teruk dada tanya selera.

1 comment:

  1. Susah berurusan dgn org tamak ni bu. Kdg kita igt depa ikhlas dgn kita, rupanya bak gunting dlm lipatan. Sedih kenapalah perangai org Melayu camni. Padahal kalau dia tolong jual produk kita, dia ttp dpt untung jg, x perlu nk bersusah payah masak from scratch! Saya dh beberapa kali terkena. Hanya Allah yg satu tempat kita berlindung kerana hanya DIA yg melihat kita semua, apa yg kita buat dan apa niat kita.

    Kpd mereka yg suka membuat angkara, awas la ya. Jgn lupa...Allah melihat dan tahu semuanya - Kak Q

    ReplyDelete