Saturday 5 November 2016

Kembara IKS

Bismillah..

Assalamualaikum wm wb.

Selamat berhujung minggu semua. Hari nie ibu duduk rumah jer. Sepatutnya ber seminar lagi hari nie. Tapi apakan daya terlampau banyak urusan yang perlu di selesai kan. Hari ini ibu tak mahu bercerita tentang diri ibu. Sebaliknya ibu hanya ingin meluahkan apa yang terbuku di benak fikiran ibu.

Setiap hari ada saja produk baru yang ingin masuk pasaran. Makin bertambah banyak produk IKS. Alhamdulillah, satu persaingan untuk maju bersama-sama yang cukup sihat. Pada hakikat nya, ini semua terjadi akibat keinginan untuk maju bersama-sama jenama besar tanpa mengambil kira risiko yang ada. Dan akhirnya kecundang di tengah jalan.

Punca utama.. tiada modal pusingan. Semua gara2 sesetengah pusat pengambilan produk2, pasaraya2 atau kedai2 yang mengambil produk2 ini tidak mahu berkompromi dengan keadaan pengeluar produk IKS. Keuntungan hanya untuk mereka.

Produk2 yang terjual hanya akan dibayar selepas beberapa bulan kemudian. Sedangkan pengusaha IKS memerlukan bayaran2 tersebut untuk dijadikan modal pusingan. Dan sekiranya pengusaha tidak dapat menambah stok produk maka pengusaha tersebut akan di blacklist.

Di mana letak nya nilai sesuatu produk itu? Kemana pula pengusaha harus tuju untuk kelangsungan pengeluaran? Siapa yang membela nasib mereka? Adakah jawapan nya?

Tidak salah mengimpikan yang terbaik tapi jangan terus2an di buai mimpi. Kerana kenyataan nya amat memeritkan.

No comments:

Post a Comment