Wednesday 23 November 2016

Apa kesudahan nya

Bismillah..

Assalamualaikum wm wb.

Sementara aku mula berjinak jinak dengan media sosial banyak yang aku belajar. Bukan sekadar nak promote produk atau tambah kenalkan, macam2 ada.

Aku pengeluar produk dan aku juga seorang Muslimah. Tapi kenapa susah sangat nak kategorikan produk aku sebagai produk halal.

Semua proses pembuatan produk aku buat dalam bengkel. Kebersihan? Jangan cakap lah.. aku memang cerewet. Jadi aku cukup jaga kebersihan.

Dari pada peralatan memproses, memasak, hingga lah ke lantai dan dinding bengkel.. memang aku jaga habis. Tapi produk aku tetap tak boleh letak kategori halal.

Aku selidik dan aku pelajari semua perkara yang berkaitan untuk mendapatkan pengiktirafan halal. Namun bagi pengusaha IKS macam aku nie sampai bila Baru nak dapat pengiktirafan halal tu.. aku pun tak tahu.

Kadang2 aku sendiri pening. Apa kena mengena cat dinding dan lantai dengan ke Halalan produk aku? Apa kena mengena lampu dengan produk yang aku keluarkan? Apa kena mengena saiz bengkel dengan produk aku? Entah lah.

Kenapa susah sangat yer? Sampai bila pengusaha produk IKS nak duduk pada tahap rendah? Macam mana nak kembangkan perniagaan kalau susah sangat nak dapat halal? Kebanyakkan pasaran.. semua nak ada Tanda halal. Betul ke produk yang ada Tanda halal tu betul2 halal?

Hai... Pening... Pening

Ada sesiapa boleh tolong kami pengeluar produk IKS yang TAK BERDUIT nie?? Ada ker??? Entah ler...

2 comments:

  1. @tweet my jakim pasl ni xmenjwb. Nnt dia jwb dlm kuboqlah kot!

    ReplyDelete
  2. Selagi kita x bubuh babi dan yg seangkatan dgnnya, teruskan perjalanan kita bu...kita tau, Allah pun tau. Yg kita taktau ialah apa yg pihak terbabit mahu...mamasufi

    ReplyDelete