Monday 6 August 2018

Bawang merah Bawang putih

Dari dapur ratu Asam Pedas MyRoxxa kami kongsikan di sini khasiat bawang pulak.

Bukan saja-saja nak membawang tapi pengusaha pes Asam Pedas MyRoxxa juga sering mencari maklumat-maklumat untuk di kongsi bersama.

Bawang Putih

Bawang putih amat baik terutama untuk organ tubuh, kulit, wajah, kuku, dan rambut. Ia mampu menurunkan tahap kolesterol serta mencegah masuk angin dan batuk. Meningkatkan kekebalan tubuh dalam mengatasi masalah diabetes. Mencegah kanser serta mampu juga mengatasi masalah asma. Bawang putih juga dikatakan boleh menyembuhkan influenza dan mengubati buasir/ambeien

Bawang Besar/Merah

Dengan memakan bawang besar sebenarnya dapat menurunkan kolestrol yang tidak baik dengan cara pemakanan yang betul. Makan secara mentah dan teratur memberi impak keberkesanan yang baik dalam penjagaan kesihatan. Mineral penting didalam bawang besar dapat membantu sel-sel untuk bertindak balas dalam mengawal paras gula dalam badan. Bawang besar / merah jug memudahkan pengeluarn kahak dalam dada orang-orang yang mengidap penyakit asma atau mengalami batuk yang teruk.

Selain itu, Bawang besar juga mampu mengawal sistem penghadaman dalam badan serta mempunyai serat yang dapat membantu dan mengekalkan kesihatan dalam sistem penghadaman. Serat yang ada membantu mengelak daripada mengalami sembelit.

Peningkatan sistem imun juga memberi manfaat dalam meningkatkan sistem imun dan merawat keradangan dan sistem kunci yang kuat dapat mempertahankan diri daripada penyakit.

Untuk langkah permulaan, kita boleh mulakan dengan pengambilan bawang besar dalam makanan sedikit demi sedikit. Mungkin dalam salad mahupun hidangan. 

Ha.. Faham-faham lah kan.. Dalam dapur ratu ASAM PEDAS MYROXXA juga banyak menggunakan bahan-bahan ini dan pastinya ia adalah sebahagian daripada ramuan pening resepi-resepi kami.

Kredit kepada : Sgms Enak & merdeka.com

Friday 3 August 2018

Usahawan Bumiputra

Bismillah..

Assalamualaikum wm wb.

Malam nie kita tak nak bercerita tentang khasiat atau resepi. Tapi malam nie kita nak meluahkan sedikit perasaan terkilan. Terkilan melihat keadaan sahabat-sahabat yang bergelar Usahawan.

Apa maksud sebenar USAHAWAN???

Usahawan (bahasa Inggerisentrepreneur) adalah sesiapa yang:

terlibat dalam perniagaan, baik membuat, menjual ataupun berdagang barang-barang;pemilik tunggal bagi syarikatnya; sertatelah bertapak dari segi keperluan harian tetapi masih bercita-cita mengembangkan pengaruh dan kekayaannya.

Banyak penyelidikan yang telah dijalani mempertunjukkan bahawa usahawan-usahawan yakin pada keupayaan mereka untuk mengawal takdir kendiri. Adalah disebabkan kepercayaan ini bahawa mereka bertindak dengan cara yang amat individualistik dan sentiasanya juga suka memberontak. Ia juga menyebabkan sikap yang sudi menerima terlalu banyak kerja yang tidak diterima oleh orang biasa, menggalakkan ketabahan yang luar biasa dan menumpang reputasi dedikasinya kepada sebuah konsepproduk ataupun usaha perniagaan.

-petikan dari wikipedia

Untuk menjadi usahawan berjaya bukan satu perkara yang mudah kerana ia menuntut pengorbanan besar melibatkan wang ringgit dan masa.

Terutamanya bagi bumiputera yang baru sahaja ingin berjinak-jinak dalam bidang keusahawanan, sudah tentu bimbingan dan sokongan daripada pihak-pihak tertentu amat diharapkan dalam mengukuhkan perniagaan.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/bisnes/usahawan/menggilap-usahawan-kreatif-inovatif-1.698255#ixzz5N2IdkCST 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tapi adakah mereka peka bahawa terdapat berbagai bantuan untuk membantu mereka berjaya? Sejauh mana pula bantuan diberikan?

Pihak mana yang memberi bantuan? Sejauh mana pulak ketelusan mereka-mereka yang di beri mandat untuk menyalurkan bantuan tersebut?

Banyak persoalan yang timbul. Tapi belum tentu ada jawapan nya.

Kesian kita tengok mereka yang bertungkus lumus untuk bergelar Usahawan berjaya.. Terutama ibu tunggal yang terpaksa bekerja keras untuk meneruskan perjalanan hidup keluarga. Mereka-mereka ini hanya mendengar sahaja tentang bantuan-bantuan yang tersedia tanpa ada penjelasan khusus bagaimana mendapat kan nya. Mereka ini dibiarkan terkial-kial mencari dan terus mencari. Kita dah merasai itu semua.

Ada juga yang pernah mendapat bantuan tapi dalam ramai-ramai yang dah dapat, belum tentu ada yang mahu berkongsi cara mendapat kan nya. Kenapa? Mentaliti. Takut kalau diajar kepada orang lain, nanti orang lain itu akan dapat lebih lagi. Perasaan takut yang diselaputi oleh Perasaan Hasad Dengki "PHD".

Entah lah sampai bila semua ini akan berterusan. Wallahualam..

Thursday 2 August 2018

Resepi Daun Kesum

Dah janji kan??? Sbb janji ditunaikan juga walau pun dah keletihan sangat..

 Sambal Ikan Daun Kesum

Bahan-bahan

2 ekor ikan selar (atau apa² ikan pilihan)
15 - 20 helai daun kesum (dihiris halus²)
3 biji limau kasturi -(diperah airnya 1 sudu besar)
gula & garam secukup rasa
sedikit air
4 sudu besar minyak masak

Bahan-bahan (Dikisar Kasar)

4 tangkai cili merah
4 biji cili padi (boleh tambah lagi jika mahu lebih pedas)
1 labu bawang besar (dihiris & tumis)
2 ulas bawang putih
1 cm belacan (dibakar terlebih dahulu)
2 biji buah keras
1 cm kunyit hidup
1 cm halia
1 cm lengkuas

Cara Memasak:-

Ikan yang telah dibersihkan (dikelar dan dilumur dengan serbuk kunyit dan garam) dan di goreng 3/4 masak.
Angkat dan ketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan-bahan yang telah dikisar tadi.
Perlahankan sikit api dan kacau hingga naik minyak (Masukkan sedikit air jika terlalu kering).
Masukkan garam dan gula secukup rasa.
Masukkan ikan yang digoreng tadi dan gaul hingga rata.
Masukkan daun kesum yang dihiris dan jus limau kasturi dan gaul rata hingga mesra.
Siap untuk dihidangkan.. Memang menyelerakan..

Bukan sekadar ikan... Ayam atau daging pun boleh di guna kan sebagai ganti ikan.

Okey lah.. Itu saja buat malam nie. Banyak lagi resepi-resepi enak menggunakan daun Kesum. Selamat mencuba.