Wednesday 26 October 2016

Persoalan nya

Bismillah..

Assalamualaikum wm wb.

Sebelum subuh tadi ibu terima panggilan. Selalu nya kalau waktu2 begitu dah tentu ada masalah.

Em... Memang masalah... Tapi bukan masalah yang di sebabkan oleh ibu.

Kenapa ye??? Bila ada masalah, Baru nak cari ibu. Subuh2 hari dah bertalu-talu call. Sebelum nie, tak ada masalah tak pernah pulak nak call tanya Khabar ke atau apa2 jer lah.

Apa yang ibu boleh buat? Ibu pun orang susah juga. Bukan jutawan pun. Bukan menteri atau pegawai berpangkat besar...

Kalau call nak minta tolong sebab ada orang kacau.. ibu bukan boleh Jadi bodyguard. Kalau ada yang minta "duit"... Ibu bukan kaya. Lagi pun bab "riba" nie sensitip lah pulak.

Emmm.... Apa ibu boleh buat yer??? Entah lah. Kadang2 terfikir juga... Orang ingat ibu nie apa yer??? Wallahuallam... Tak tau lah...

Tuesday 25 October 2016

Sos Sedap

Bismillah..

Assalamualaikum wm wb.

Minggu lepas ibu ada bersedia sikit2 pasal kicap Char Kuey Tiaw. Tapi bukan sekadar untuk masak Kuey Tiaw. Boleh guna untuk masakan2 lain juga.

Hari nie pun ibu nak bagi tau pasal kicap keluaran sahabat ibu dari Ipoh. Kicap & sos ROZALL'S.

Produk ROZALL'S nie adalah 100% keluaran Bumiputra Muslim. Sudah pasti ianya bersih & halal. Tak perlu was2 untuk menggunakannya.

Boleh di guna untuk menambahkan keenakan masakan untuk seisi keluarga. Samada untuk masak lauk pauk, mahupun untuk masak hidangan ringkas seperti Kuey Tiaw, Mee goreng atau apa Saja lah.

Yang pasti ianya memang sedap & ini juga membuktikan terdapat pelbagai jenis produk yang di usahakan & di keluarkan oleh syarikat Bumiputra Muslim.

Jadi, tunggu apa lagi... Bertukar lah kepada produk Muslim yg mana pasti nya sedap, bersih & halal.

Relax santai cuci kain

Bismillah..

Assalamualaikum wm wb

Hari nie tak tau lah nak cerita apa dah...
Dah berminggu sibuk dgn seminar sana, kursus sini..
Rumah mcm kapal pecah, kain baju x berbasuh

Pagi2 hantar anak ke sekolah...
Terus je ke laundry.. cuci kain baju..
Bukan sbb xde Mesin nasib di rumah

Terfikir juga...
Masa Kat college dulu pun dah ada laundry mcm ni..
Tapi tak byk..

Skrg nie..
Setiap pelusuk..
1 kawasan... 3-4 laundry..

Knape ek????
Ke sbb org skrg lebih sibuk kejar Dunia
Sampai xde masa nak membasuh???

Terkenang zaman bdk2 dulu..
Membasuh guna Sabun ketul...
Beli 1..potong2 simpan separuh..

Jimat...murah...baju bersih
Sbb sental dgn tgn
Skrg????

Entah lah....

Monday 24 October 2016

Monday Blues ... ada ke??

Bismillah...

Assalamualaikum wm wb.

Bila dah puas beriyadah pada hujung minggu, rasa tak puas pulak.. tapi apa boleh buat.. kena kerja kalau nak hidup selesa.

Hari Isnin.. hari pertama setiap minggu. Ada yang sebut "Monday Blues" bila nak mula kerja pada pagi hari Isnin. Ada ke istilah "Monday Blues" nie???

Rasa nya istilah nie hanya boleh di terima pakai untuk org 2 yang dah mula bosan dengan kerja yang di jalankan atau untuk "PEMALAS"..

Nak bangun dari tempat tidur pun payah.. apa tah lagi nak 99 ke tempat kerja... Kaki tu terasa berat sangat.

Tapi sebaik nya sikap nie di buang. Tak mendatang kan hasil pun. Malahan akan berlarutan. Jadi lebih baik ambil pendekatan yang lebih positif.

Bila kita bersikap positif.. secara otomatik minda akan jadi positif. Tiada lagi istilah "Monday Blues". Pasti nya Kita akan menjadi lebih ceria apabila menghadapi hari pertama setiap minggu... Hari yang lebih memberi makna... Hari yang membuka peluang & ruang untuk Kita terus memajukan hidup Kita.

Jom Kita positif kan diri Kita.

Chocolaty chocolate talk

Bismillah...

Assalamualaikum wm wb.

Hari nie Kita sembang2 sikit pasal chocolate. Rata2 orang suka makan chocolate. Tak kesah lah budak ke... Mak budak ke... Semua suka chocolate.

Lepas tu Kita di kejutkan dgn kesah penggunaan lemak "بابي" didalam pembuatan chocolate. Ramai yg mula terasa kembang tekak & takut nak makan chocolate.

Jangan bimbang... Mulai skrg dah boleh mkn chocolate semula. Org Kita pun pandai buat chocolate. SHWEETS Chocolate keluaran Bumiputra Muslim. Sedap... Lemak ... & memang setanding chocolate yang berjenama terkenal. Yang penting.. ianya HALAL.

Jadi tak perlu lah Kita menahan keinginan untuk makan Chocolate.

Jom Kita support Usahawan IKS Muslim. Bertukar kepada SHWEETS Chocolate.

Sunday 23 October 2016

Santai ahad

Bismillah..

Assalamualaikum wm wb.

Slmt berhujung minggu.. senang-senangkan diri. Ada yg bersantai bersantai keluarga di tempat2 riyadah. Ada yg guna peluang, ajak anak2 berjogging atau pun pujuk2 manja... Ajak tolong cuci kereta. Jimat belanja.

Whatever yg awak2 semua tengah buat... Enjoy yourself..

Lagi enjoy klu dapat duduk2 santai sambil kunyah kerepek...

Cakap pasal kerepek... Cuba makan kerepek pisang special KREPIES Tok Din...

Memang sedap, ranggup & ada rasa lemak2 nya sikit. Tak berminyak. Satu balang... Sekali hadap... Memang habis licin. 1 balang memang tak cukup.

Tak percaya??? Cuba lah sendiri. Dah cuba Baru tau..

Saturday 22 October 2016

Hujung Minggu Tambah Ilmu

Bismillah..

Assalamualaikum wm wb.

Weekend ni untuk tambah ilmu. Blm masa untuk bersantai. Cyberjaya here I come..

Hari ni terpaksa bawa anak walaupun hari ni nak pergi tambah ilmu. Subuh tadi, hujan lebat sangat. Kalau boleh nak jer sambung tidur. Tapi tak boleh. Semangat nak tambah ilmu tu tetap ada walaupun umur dah senja. Terpaksa bawa anak sebab tak ada org nak tolong jaga... Pun tak apa. Janji dapat tambah ilmu.

Ini lah Saja yang mampu di buat. Hidup bukan mudah. Nak bergelar Usahawan berjaya kena lah berkorban masa & tenaga. Tapi tetap rasa bahagia.

Ilmu... Ilmu... Sampai ke mana & bila pun tetap aku tuntut.

Friday 21 October 2016

Acar Buah

Bismillah...

Assalamualaikum wm wb.

Hari ni Jumaat.. penghulu segala hari. Hari ni kaum Adam berkunjung ramai2 ke Masjid. Satu kewajipan...

Lepas sembahyang.. Baru pusing2 cari makan. Kaum Hawa pun tak lepas peluang untuk keluar menjamu selera sambil2 jamu mata. Ada jgk yg malas kluar dr keselesaan pejabat, jamu mata online sambil cari2 apa yg mudah diperolehi untuk makan Malam.

Ha... Ini cadangan ibu. Pernah tak makan acar buah?? Ada yg pernah & ada yg tak pernah sbb ramai yang merasakan ini makanan org dulu2. Silap tu..

Cuba makan Acar Buah Sabariah... pedas2, manis.. makan pula dgn nasi panas2... pergh..... Terangkat. Memang sedap. Dgn campuran pelbagai jenis buah2 kering, termasuk kurma, ceri & sebagai nya. Jgn kata Mak budak.. budak2 pun suka.

Klu tak percaya... Cuba lah. Tak nyesal punya..

Thursday 20 October 2016

Char Kuey Teow

Bismillah..

Assalamualaikum wm wb.

Hari ni lepas hantar anak ke sekolah.. mula lah otak berlegar.. hari ni nak masak apa yer???

Urmmmm... Fikir punya fikir, teringat pula ada sepeket Kuey Teow Kat dlm peti ais...

Ha.. anak suka makan Kuey Teow goreng, kicap Kuey Teow keluaran Hajat Resources pun ada.. belasah jer lah kjp lg. X perlu susah2 nak campur itu & ini untuk buat Kuey Teow sedap... Boleh lah ddk rehat2 lama sikit.

Kjp lagi.. sebelum anak balik, tumis apa yg perlu jer, masuk udang sikit, masuk tauge sikit & telur + Kuey Teow.. Selamat.. makan tengahari siap..

Klu bungkus Kat luar...1 bungkus RM4.50. Klu tuk 1 keluarga 4 orang.. dah RM18.00.. membazir... Goreng sendiri belanja dlm RM10.00.. jimat... jimat...

Jom... Kita berjimat time2 ekonomi nak great nie..

Wednesday 19 October 2016

Journey to success

Bismillah..

Assalamualaikum wm wb.

A very good day to start with but how good can it be. As a traveller in the circle of life, I have gone through a lot. But that doesn't discourage me to continue my journey to be a successful entrepreneur.

Everyday a struggle not to fall apart. Like today...

I have to walk for an hour to get to the nearest bus stop. Humanity...zero. Cars passing by, some pretty close to where I was walking. But none stop to offer a lift. & I walk on..

Yes I am old in age. But not in determination. I want MyRoxxa Asam Pedas known to the world. I want the world to recognize my contribution to good, tasty meal. I want my children to inherit my legacy.

It is not just a thought or dream while taking my mind away from thinking about how tired I am. But that is the truth.

I am an entrepreneur & I struggle in the circle of life. Because I believe that someday when the wheel of life started rolling.. it will roll me to the top of the world.

Thank you Allah... Thank you Allah for blessing me with good health & strength.  & May Allah's blessings fall on those who remembers Allah.. always...Amin.

Tuesday 18 October 2016

Tempoyak ooiii...

Bismillah...

Assalamualaikum wm wb.

Smlm Kita cerita tentang mcm mana nak masak Asam Pedas sedap berapi...

Hari ni lain cerita pulak...

Sahabat ibu sorang nie... Kak Que (nama panggilan manja lah konon). Dia nie pengusaha Sufi's Food yg sentiasa ceria.

Ha... Apa Sufi's Food??? Nie nak Bg tau korang nie...

Sufi's Food nie brand produk keluaran Kak Que. Kena dgn nama dia... Memang kena beratur klu nak kan produk keluaran Sufi's Food.. makanan berasaskan tempoyak.

Ada Sambal Tempoyak Ikan Bilis... Sedap wei klu makan dgn nasi panas2. Sambal lado campur ikan bilis & tempoyak. Blh terus makan dr dlm botol lagi.

Yg 1 lg pulak... Untuk yg gemar makan ulam-ulaman dgn tempoyak... Sambal Tempoyak Daun (gabungan pucuk Ubi Kayu, pucuk Labu & pucuk daun Kadok) perghhhh... Berapi kow. Memang x peduli dah dgn org sekeliling klu makan Sambal nie. Pun blh terus makan dr dlm botol.

Apa2 pun, Sambal2 tempoyak dr Sufi's Food nie blh juga di guna kan untuk memperbagaikan masakan. Masak lomak cili api ke, masak ikan berlado ke... Apa2 jer lah...memang sodapppp... & berbaloi sgt2. Yg penting produk keluaran Sufi's Food nie adalah produk Muslim yg Halalan & Thoyibbah.

Jom cuba....

Monday 17 October 2016

Jom masak Asam Pedas

Ramai yg mengeluh bila nak masak Asam Pedas. Makan menangis sedap... Tapi nak masak tu..

Kos jgn ckp lah.. bunga kantan sekuntum RM2.50, daun kesum seikat RM1.00. Tu Belum termasuk bawang besar, bawang putih, rempah ratus nya lagi...
Kos tinggi... Masa nak menyediakan bahan2 lagi.. emmm... Balik kerja sampai rumah dah pukul 7 mlm. Agak2 pukul brape Baru boleh makan.

Ha... X payah susah2.

Guna jer Pes MyRoxxa Asam Pedas.

X perlu menumbuk bahan2, x perlu menumis... Cuma
Masukkan 2 sudu besar Pes MyRoxxa Asam Pedas + 1 gelas air asam jawa (ikut suka hati nak masam mcm mana). Masukkan dlm periuk, masukkan ikan/ayam/daging + bendi/tomato sikit...pasang api dapur, biar mendidih kjp..

Dah siap... 5 hingga 10 minit jer.
Kan senang... Cuba lah.