Thursday 3 November 2016

Peluang vs Nasib

Bismillah..

Assalamualaikum wm wb.

Hari nie ibu terpaksa terkejar ke sana sini lagi. Dari subuh lagi Allah menduga hamba Nya dgn limpahan hujan. Sejuk.. nyaman... sedap klu dapat sambung tidur.

Macam biasa, hari hujan atau tidak, ibu kena hantar anak ke sekolah. Tanggungjawab sebagai ibu tunggal. Hujan makin lebat tapi alhamdulillah... Anak dah Selamat masuk kawasan sekolah.

Bergegas balik untuk sediakan sarapan untuk Mak pulak. Wanita berusia 82 tahun tapi hati masih nak lakukan segala nya sendiri walau pun badan dah tak kuat.

Semua dah siap.. skrg masa bergegas ke Putrajaya pulak. Jauh tu memang lah jauh tapi orang dah suruh pergi... Cuba jer lah.

Dari rumah, drive Lori yang dah tunggu masa masuk kedai potong. Sampai pekan selepas 20 minit disebabkan kesesakan jalan. Ramai yang terlewat ke tempat kerja sebab hujan. Naik pula bas ke stesyen KTM di Bandar. Lagi 45 minit sebab jalan jem...

Alhamdulillah selepas berjalan kaki selama 10 minit, dapat juga naik komuter untuk ke KL. Perjalanan selama 45 minit lagi. Jam dah pukul 10 pagi. Sempat ke nak sampai Putrajaya nie???

Demi menggapai peluang yang di ajukan... Terus kan lah perjalanan nie. Sampai KL Sentral, naik bas pula ke Putrajaya.. aduh... Penuh dgn warga asing dlm bas. Macam2 bàu ada. Sabar... Sabar... 1 1/2 jam jer sampai lah ke Putrajaya..pujuk hati.

Jam dah pukul 12.. sempat ke lagi nie?? Sampai Putrajaya, mula lah menapak.. berjalan sambil tanya orang dimana tempat yang nak di tuju. Ramai yang tak tau.. aduh.. pening...pening...

Cari punya cari, akhirnya jumpa juga. Punya lah berdebar rasa hati.. campur gembira sebab dah sampai tempat yang di tuju... Alhamdulillah.

Tapi... Sedih rasa nya bila kita di jemput untuk hadir ke sesi pemilihan.. bersusah payah berusaha untuk sampai.. dapat jawapan "produk puan tak layak nie sebab belum ada halal".

Subhanallah... Kan dari awal dah tau produk IKS memang banyak belum dapat kelulusan halal walaupun pengusaha nya orang Islam? Habis, suruh datang juga kenapa? Ingat duit tambang/duit minyak boleh petik tepi jalan? Ingat kederat kami nie tak ada nilai?

Hadoi ai... Mengeluh pun tak guna sebab ramai yang tak fikir habis2 sebelum membuat sesuatu keputusan. Takkan lah dah duduk dalam bilik berhawa dingin, otak korang pun Jadi beku juga? Takkan itu pun tak boleh fikir? Kenapa menyusahkan lagi orang yang sememangnya susah?

Ini lah nasib kami pengeluar produk IKS. Kalau tak mampu buka Kilang besar, jangan nak ber angan dapat pasaran lebih besar.

Bukan sebab produk kami tak setanding produk berjenama besar.. tapi sebab poket kami tak cukup besar.

Ini lah nasib kami.. pengeluar produk IKS. Tak ada siapa pun yang nak bantu kami. Kami nie dah macam peminta sedekah di Negara sendiri. Tak ada siapa yang peduli. Bukan nak mengeluh.. tapi ini lah hakikat nasib kami pengeluar produk IKS.

ADA KE YANG SUDI MEMBELA KAMI???

1 comment:

  1. Betul tuu ibu...itu lerr nasib kita pengeluar produk iks niee, xder siapa yg pandang...produk pengeluaran org islam, tp terlalu susah dpt sijil halal..sbb apa?? Betul kata ibu sbb poket kita xbesar..lain lerr bangsa lain yg punya poket besar. Geran2 kerajaan..saper yg byk dapat ??? Kita niee ibarat merempat dinegara sendiri...ibarat peribahasa " Kera dihutan disusukan,anak yg dikendong berciciran " Walau pun ada dana sana dana sini...berapa kerat jerr org2 kita yg dapat..ibaratkan "Melepaskan batuk ditangga".Betul tuu pegawai2 yg dah selesa duduk di bilik accond xpernah pun memikirkan kesusahan kita pengeluar produk iks yang baru terkial2 niee ...tp kalu kita dah berjaya, semua baru bukak mata,masa tuu semua ingin menghulurkan bantuan...masa tuu apa gunanya kann ???
    Kadang2 kesabaran ada hadnya...wbp semoga Allah mempermudahkan urusan ibu & pengusaha iks yg lainnya.
    Apa yg dilalui jadikan iktibar,semoga ada hikmah disebaliknya.Kuatkan semangat...in syaa Allah pasti ada rezeki ditempat lain...cayookk ibu.

    ReplyDelete