Tuesday 31 July 2018

Khasiat Daun Kesum

Daun Kesum atau nama saintifik nya Polygonum Minus Huds

Bismillah...

Assalamualaikum wm wb.

Memang di luar jangkaan dan tidak pernah terfikir pun tentang daun Kesum. Selama nie di sangkakan hanya untuk menambah aroma dalam masakan. Tapi setelah menyemak artikel-artikel yang Semarang nie mudah sangat di capai melalui atas talian, baru sedar rupa nya daun Kesum juga mempunyai khasiat yang banyak. Daun nya yang hijau dan berbentuk bujur serta tumbuh merumpun di atas tanah yang lembab.. Tidak pernah terjangkau dek akal pemikiran manusia biasa bahawa ianya amat berkhasiat.

Menurut kajian Inbiosos Universiti Kebangsaan Malaysia, daun Kesum mempunyai sebatian yang bertindak sebagai antioksidan. Kajian juga mrnunjukkan bahawa terdapat aspek baru yang berpotensi sebagai penawar kanser dan mengandungi sebatian tulen yang diberi nama Polygonumins A.

Kajian sebatian yang di uji secara in-vitro dengan menggunakan sel kultur kanser menunjukkan aktiviti anti kanser yang tinggi terhadap kanser kolon, kanser payudara dan kanser paru-paru.
(Untuk maklumat terperinci boleh rujuk artikel boleh Utusan Online).

Daun Kesum juga dipercayai kaya dengan beta kerotena, vitamin A dan C serta kandungan mineral seperti kalium, kalsium dan fosforus. Dalam 100gm bahagian daun Kesum yang boleh di makan mengandungi 73.2gm air, 2.8gm protein, 0.7gm lemak, 18.4gm karbohidrat, 2.8gm serat, 232mg kalsium, 19mg fosforus, 3.2mg ferum, 19mg natrium, 308mg kalium, 7433mg karotena, 1239mg vitamin A, 10.15mg vitamin B, 0.2mg vitamin B2, 2.8mg niasin dan 125mg vitamin C.

Khasiat daun Kesum ini dikatakan mampu merawat pelbagai jenis masalah seperti :

- menguatkan daya penglihatan;
- mengatasi masalah perut kembung (mengeluarkan angin), ketidakhadaman, cacing, merangsang dan melawaskan pembuangan air kecil dan besar;
- menharumkan bau badan;
- mengatasi masalah keputihan dan

Resepi Bunga Kantan

Sebagaimana yang dijanjikan semalam, hari nie kita bagi resepi mudah untuk di cuba...

 SAMBAL GORENG BUNGA KANTAN

Bahan2

Segenggam bilis

3 kuntum bunga kantan yang sudah mekar – racik halus

Cili padi 8-9 biji (ikut pedas masing2) – potong kecik

6 ulas bawang merah (kalau bawang besar  2 biji) - racik

2 ulas bawang putih - racik

Seinci belacan

Minyak untuk menumis

Gula dan garam

Tempe sekeping (optional) – hiris nipis dan goreng garing

Petai (optional)

Cara2

1.     Goreng bilis hingga garing dan ketepikan

2.     Goreng cili, bawang merah, bawang putih dan belacan. Bila naik bau, masukkan bunga kantan tadi dan masak hingga bunga kantan agak garing. Kalau kurang minyak tambahkan sket2. Kena pastikan bunga kantan tadi garing dan kelihatan keperang-perangan.

3.     Masukkan gula dan garam mengikut cita rasa masing2.

4.     Akhir sekali masukkan bilis goreng tadi dan gaul rata. Sekejap jer kemudian angkat.

Maaf lah, malam nie sikit jer.
Malam esok kita kongsi khasiat lain pulak & diikuti dengan resepi-resepi mudah. Jangan terperanjat pulak.. Esok kita berkongsi khasiat-khasiat yang memang kami sendiri tak jangkakan. Sangat mengujakan dengan pengetahuan baru ini. Insyaallah esok kita kongsi.

Kredit kepada kongsi resepi.com

Sunday 29 July 2018

Resepi Bunga Kantan

Resepi - Bunga Kantan Goreng Tempe

Bahan-Bahan :

130 gm Tempe (di potong dadu)
1 tangkai bunga kantan (di hiris)
1 cili merah (di hiris nipis)
2 batang kacang kelisa (di hiris nipis)
1 biji lemon
Kicap secukup rasa

Cara-cara memasak :

Goreng Tempe hingga kekuningan;
Masuk kan cili, kacang kelisa dan bunga kantan;
Masuk kan kicap secukup rasa;
Setelah siap di masak, masuk kan ke dalam bekas dan taburkan hirisan bunga kantan;
Perah jus lemon ke atas hidangan yg sudah siap untuk di makan.

Resepi - Sup Bunga Kantan dan Terung

Bahan-Bahan :

350 gm terung bulat (di potong 4/6)
1,000 cc air
3 ulas cili kering
1 tangkai bunga kantan
1 sudu kecil gula perang
1 sudu kecil kicap
10 gm miso
30 gm rumpai laut kelpa (kelp seaweed)

Cara-cara memasak :

Kukus rumpai laut selama 30 minor (kemudian di hiris segitiga & rendam dalam air. Tos air sebelum dimasukkan ke dalam masakan);
Rebus terung hingga lembut (setelah lembut, buang kulit nya);
Masuk kan terung yang siap di buang kulit, miso dan cili ke dalam air rebusan terung tadi. Biar mendidih;
Setelah mendidih, masuk kan rumpai laut yang sudah di tos air nya beserta bunga kantan. Masak selama 5 minit;
Masuk kan kicap sebelum di hidang.

Okey 2 resepi mudah untuk malam ini. Esok dah boleh cuba masak untuk famili. Resepi yang menyihatkan. Malam esok ada resepi lain pulak. Selamat mencuba.

Saturday 28 July 2018

Khasiat Bunga Kantan

Bunga Kantan /Torch Ginger Flower/Etlingera Elstior atau nama saintifik nya Phaeomeria Speciosa Koord

Mengikut kajian yang telah dijalankan, pokok bunga kantan ini berasal dari Malaysia yang di tanam sebagai jambangan bunga hiasan taman. Mempunyai tangkai dan daun yang agak panjang berbanding dengan lengkuas dan tumbuh terkeluar dari pangkal pokok nya.

Dari info khazanah negara, bunga kantan tersenarai sebagai tumbuhan herba yang di jadikan ulam-ulaman masyarakat tempatan.

We are back

Hello...hello...hello...

It's been awhile since we last post in this blog. Thousand apologise from us. Not that we are not interested any more but time is not on our side.

New products & new episode in our lives. So for those of you who want to try new recipes.. Taste good food... Wait for our next post. We will share with you more & more recipes with the use of our new line of products.

Till then.. Cheerios & enjoy your weekend.