Tuesday 31 July 2018

Khasiat Daun Kesum

Daun Kesum atau nama saintifik nya Polygonum Minus Huds

Bismillah...

Assalamualaikum wm wb.

Memang di luar jangkaan dan tidak pernah terfikir pun tentang daun Kesum. Selama nie di sangkakan hanya untuk menambah aroma dalam masakan. Tapi setelah menyemak artikel-artikel yang Semarang nie mudah sangat di capai melalui atas talian, baru sedar rupa nya daun Kesum juga mempunyai khasiat yang banyak. Daun nya yang hijau dan berbentuk bujur serta tumbuh merumpun di atas tanah yang lembab.. Tidak pernah terjangkau dek akal pemikiran manusia biasa bahawa ianya amat berkhasiat.

Menurut kajian Inbiosos Universiti Kebangsaan Malaysia, daun Kesum mempunyai sebatian yang bertindak sebagai antioksidan. Kajian juga mrnunjukkan bahawa terdapat aspek baru yang berpotensi sebagai penawar kanser dan mengandungi sebatian tulen yang diberi nama Polygonumins A.

Kajian sebatian yang di uji secara in-vitro dengan menggunakan sel kultur kanser menunjukkan aktiviti anti kanser yang tinggi terhadap kanser kolon, kanser payudara dan kanser paru-paru.
(Untuk maklumat terperinci boleh rujuk artikel boleh Utusan Online).

Daun Kesum juga dipercayai kaya dengan beta kerotena, vitamin A dan C serta kandungan mineral seperti kalium, kalsium dan fosforus. Dalam 100gm bahagian daun Kesum yang boleh di makan mengandungi 73.2gm air, 2.8gm protein, 0.7gm lemak, 18.4gm karbohidrat, 2.8gm serat, 232mg kalsium, 19mg fosforus, 3.2mg ferum, 19mg natrium, 308mg kalium, 7433mg karotena, 1239mg vitamin A, 10.15mg vitamin B, 0.2mg vitamin B2, 2.8mg niasin dan 125mg vitamin C.

Khasiat daun Kesum ini dikatakan mampu merawat pelbagai jenis masalah seperti :

- menguatkan daya penglihatan;
- mengatasi masalah perut kembung (mengeluarkan angin), ketidakhadaman, cacing, merangsang dan melawaskan pembuangan air kecil dan besar;
- menharumkan bau badan;
- mengatasi masalah keputihan dan

No comments:

Post a Comment