Thursday 2 August 2018

Resepi Daun Kesum

Dah janji kan??? Sbb janji ditunaikan juga walau pun dah keletihan sangat..

 Sambal Ikan Daun Kesum

Bahan-bahan

2 ekor ikan selar (atau apa² ikan pilihan)
15 - 20 helai daun kesum (dihiris halus²)
3 biji limau kasturi -(diperah airnya 1 sudu besar)
gula & garam secukup rasa
sedikit air
4 sudu besar minyak masak

Bahan-bahan (Dikisar Kasar)

4 tangkai cili merah
4 biji cili padi (boleh tambah lagi jika mahu lebih pedas)
1 labu bawang besar (dihiris & tumis)
2 ulas bawang putih
1 cm belacan (dibakar terlebih dahulu)
2 biji buah keras
1 cm kunyit hidup
1 cm halia
1 cm lengkuas

Cara Memasak:-

Ikan yang telah dibersihkan (dikelar dan dilumur dengan serbuk kunyit dan garam) dan di goreng 3/4 masak.
Angkat dan ketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan-bahan yang telah dikisar tadi.
Perlahankan sikit api dan kacau hingga naik minyak (Masukkan sedikit air jika terlalu kering).
Masukkan garam dan gula secukup rasa.
Masukkan ikan yang digoreng tadi dan gaul hingga rata.
Masukkan daun kesum yang dihiris dan jus limau kasturi dan gaul rata hingga mesra.
Siap untuk dihidangkan.. Memang menyelerakan..

Bukan sekadar ikan... Ayam atau daging pun boleh di guna kan sebagai ganti ikan.

Okey lah.. Itu saja buat malam nie. Banyak lagi resepi-resepi enak menggunakan daun Kesum. Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment