Friday 3 August 2018

Usahawan Bumiputra

Bismillah..

Assalamualaikum wm wb.

Malam nie kita tak nak bercerita tentang khasiat atau resepi. Tapi malam nie kita nak meluahkan sedikit perasaan terkilan. Terkilan melihat keadaan sahabat-sahabat yang bergelar Usahawan.

Apa maksud sebenar USAHAWAN???

Usahawan (bahasa Inggerisentrepreneur) adalah sesiapa yang:

terlibat dalam perniagaan, baik membuat, menjual ataupun berdagang barang-barang;pemilik tunggal bagi syarikatnya; sertatelah bertapak dari segi keperluan harian tetapi masih bercita-cita mengembangkan pengaruh dan kekayaannya.

Banyak penyelidikan yang telah dijalani mempertunjukkan bahawa usahawan-usahawan yakin pada keupayaan mereka untuk mengawal takdir kendiri. Adalah disebabkan kepercayaan ini bahawa mereka bertindak dengan cara yang amat individualistik dan sentiasanya juga suka memberontak. Ia juga menyebabkan sikap yang sudi menerima terlalu banyak kerja yang tidak diterima oleh orang biasa, menggalakkan ketabahan yang luar biasa dan menumpang reputasi dedikasinya kepada sebuah konsepproduk ataupun usaha perniagaan.

-petikan dari wikipedia

Untuk menjadi usahawan berjaya bukan satu perkara yang mudah kerana ia menuntut pengorbanan besar melibatkan wang ringgit dan masa.

Terutamanya bagi bumiputera yang baru sahaja ingin berjinak-jinak dalam bidang keusahawanan, sudah tentu bimbingan dan sokongan daripada pihak-pihak tertentu amat diharapkan dalam mengukuhkan perniagaan.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/bisnes/usahawan/menggilap-usahawan-kreatif-inovatif-1.698255#ixzz5N2IdkCST 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tapi adakah mereka peka bahawa terdapat berbagai bantuan untuk membantu mereka berjaya? Sejauh mana pula bantuan diberikan?

Pihak mana yang memberi bantuan? Sejauh mana pulak ketelusan mereka-mereka yang di beri mandat untuk menyalurkan bantuan tersebut?

Banyak persoalan yang timbul. Tapi belum tentu ada jawapan nya.

Kesian kita tengok mereka yang bertungkus lumus untuk bergelar Usahawan berjaya.. Terutama ibu tunggal yang terpaksa bekerja keras untuk meneruskan perjalanan hidup keluarga. Mereka-mereka ini hanya mendengar sahaja tentang bantuan-bantuan yang tersedia tanpa ada penjelasan khusus bagaimana mendapat kan nya. Mereka ini dibiarkan terkial-kial mencari dan terus mencari. Kita dah merasai itu semua.

Ada juga yang pernah mendapat bantuan tapi dalam ramai-ramai yang dah dapat, belum tentu ada yang mahu berkongsi cara mendapat kan nya. Kenapa? Mentaliti. Takut kalau diajar kepada orang lain, nanti orang lain itu akan dapat lebih lagi. Perasaan takut yang diselaputi oleh Perasaan Hasad Dengki "PHD".

Entah lah sampai bila semua ini akan berterusan. Wallahualam..

No comments:

Post a Comment