Wednesday, 26 October 2016

Persoalan nya

Bismillah..

Assalamualaikum wm wb.

Sebelum subuh tadi ibu terima panggilan. Selalu nya kalau waktu2 begitu dah tentu ada masalah.

Em... Memang masalah... Tapi bukan masalah yang di sebabkan oleh ibu.

Kenapa ye??? Bila ada masalah, Baru nak cari ibu. Subuh2 hari dah bertalu-talu call. Sebelum nie, tak ada masalah tak pernah pulak nak call tanya Khabar ke atau apa2 jer lah.

Apa yang ibu boleh buat? Ibu pun orang susah juga. Bukan jutawan pun. Bukan menteri atau pegawai berpangkat besar...

Kalau call nak minta tolong sebab ada orang kacau.. ibu bukan boleh Jadi bodyguard. Kalau ada yang minta "duit"... Ibu bukan kaya. Lagi pun bab "riba" nie sensitip lah pulak.

Emmm.... Apa ibu boleh buat yer??? Entah lah. Kadang2 terfikir juga... Orang ingat ibu nie apa yer??? Wallahuallam... Tak tau lah...

Tuesday, 25 October 2016

Sos Sedap

Bismillah..

Assalamualaikum wm wb.

Minggu lepas ibu ada bersedia sikit2 pasal kicap Char Kuey Tiaw. Tapi bukan sekadar untuk masak Kuey Tiaw. Boleh guna untuk masakan2 lain juga.

Hari nie pun ibu nak bagi tau pasal kicap keluaran sahabat ibu dari Ipoh. Kicap & sos ROZALL'S.

Produk ROZALL'S nie adalah 100% keluaran Bumiputra Muslim. Sudah pasti ianya bersih & halal. Tak perlu was2 untuk menggunakannya.

Boleh di guna untuk menambahkan keenakan masakan untuk seisi keluarga. Samada untuk masak lauk pauk, mahupun untuk masak hidangan ringkas seperti Kuey Tiaw, Mee goreng atau apa Saja lah.

Yang pasti ianya memang sedap & ini juga membuktikan terdapat pelbagai jenis produk yang di usahakan & di keluarkan oleh syarikat Bumiputra Muslim.

Jadi, tunggu apa lagi... Bertukar lah kepada produk Muslim yg mana pasti nya sedap, bersih & halal.

Relax santai cuci kain

Bismillah..

Assalamualaikum wm wb

Hari nie tak tau lah nak cerita apa dah...
Dah berminggu sibuk dgn seminar sana, kursus sini..
Rumah mcm kapal pecah, kain baju x berbasuh

Pagi2 hantar anak ke sekolah...
Terus je ke laundry.. cuci kain baju..
Bukan sbb xde Mesin nasib di rumah

Terfikir juga...
Masa Kat college dulu pun dah ada laundry mcm ni..
Tapi tak byk..

Skrg nie..
Setiap pelusuk..
1 kawasan... 3-4 laundry..

Knape ek????
Ke sbb org skrg lebih sibuk kejar Dunia
Sampai xde masa nak membasuh???

Terkenang zaman bdk2 dulu..
Membasuh guna Sabun ketul...
Beli 1..potong2 simpan separuh..

Jimat...murah...baju bersih
Sbb sental dgn tgn
Skrg????

Entah lah....

Monday, 24 October 2016

Monday Blues ... ada ke??

Bismillah...

Assalamualaikum wm wb.

Bila dah puas beriyadah pada hujung minggu, rasa tak puas pulak.. tapi apa boleh buat.. kena kerja kalau nak hidup selesa.

Hari Isnin.. hari pertama setiap minggu. Ada yang sebut "Monday Blues" bila nak mula kerja pada pagi hari Isnin. Ada ke istilah "Monday Blues" nie???

Rasa nya istilah nie hanya boleh di terima pakai untuk org 2 yang dah mula bosan dengan kerja yang di jalankan atau untuk "PEMALAS"..

Nak bangun dari tempat tidur pun payah.. apa tah lagi nak 99 ke tempat kerja... Kaki tu terasa berat sangat.

Tapi sebaik nya sikap nie di buang. Tak mendatang kan hasil pun. Malahan akan berlarutan. Jadi lebih baik ambil pendekatan yang lebih positif.

Bila kita bersikap positif.. secara otomatik minda akan jadi positif. Tiada lagi istilah "Monday Blues". Pasti nya Kita akan menjadi lebih ceria apabila menghadapi hari pertama setiap minggu... Hari yang lebih memberi makna... Hari yang membuka peluang & ruang untuk Kita terus memajukan hidup Kita.

Jom Kita positif kan diri Kita.

Chocolaty chocolate talk

Bismillah...

Assalamualaikum wm wb.

Hari nie Kita sembang2 sikit pasal chocolate. Rata2 orang suka makan chocolate. Tak kesah lah budak ke... Mak budak ke... Semua suka chocolate.

Lepas tu Kita di kejutkan dgn kesah penggunaan lemak "بابي" didalam pembuatan chocolate. Ramai yg mula terasa kembang tekak & takut nak makan chocolate.

Jangan bimbang... Mulai skrg dah boleh mkn chocolate semula. Org Kita pun pandai buat chocolate. SHWEETS Chocolate keluaran Bumiputra Muslim. Sedap... Lemak ... & memang setanding chocolate yang berjenama terkenal. Yang penting.. ianya HALAL.

Jadi tak perlu lah Kita menahan keinginan untuk makan Chocolate.

Jom Kita support Usahawan IKS Muslim. Bertukar kepada SHWEETS Chocolate.

Sunday, 23 October 2016

Santai ahad

Bismillah..

Assalamualaikum wm wb.

Slmt berhujung minggu.. senang-senangkan diri. Ada yg bersantai bersantai keluarga di tempat2 riyadah. Ada yg guna peluang, ajak anak2 berjogging atau pun pujuk2 manja... Ajak tolong cuci kereta. Jimat belanja.

Whatever yg awak2 semua tengah buat... Enjoy yourself..

Lagi enjoy klu dapat duduk2 santai sambil kunyah kerepek...

Cakap pasal kerepek... Cuba makan kerepek pisang special KREPIES Tok Din...

Memang sedap, ranggup & ada rasa lemak2 nya sikit. Tak berminyak. Satu balang... Sekali hadap... Memang habis licin. 1 balang memang tak cukup.

Tak percaya??? Cuba lah sendiri. Dah cuba Baru tau..

Saturday, 22 October 2016

Hujung Minggu Tambah Ilmu

Bismillah..

Assalamualaikum wm wb.

Weekend ni untuk tambah ilmu. Blm masa untuk bersantai. Cyberjaya here I come..

Hari ni terpaksa bawa anak walaupun hari ni nak pergi tambah ilmu. Subuh tadi, hujan lebat sangat. Kalau boleh nak jer sambung tidur. Tapi tak boleh. Semangat nak tambah ilmu tu tetap ada walaupun umur dah senja. Terpaksa bawa anak sebab tak ada org nak tolong jaga... Pun tak apa. Janji dapat tambah ilmu.

Ini lah Saja yang mampu di buat. Hidup bukan mudah. Nak bergelar Usahawan berjaya kena lah berkorban masa & tenaga. Tapi tetap rasa bahagia.

Ilmu... Ilmu... Sampai ke mana & bila pun tetap aku tuntut.